- Jangan beri respons segera kepada sesuatu peristiwa yang memberi anda tekanan, sentiasa ambil sedikit masa untuk berfikir langkah penyelesaian yang terbaik.
- Yang lepas tu lepas la, kumpul semula fokus anda untuk masa hadapan dengan keberanian dan positif mindset. "Barang yang lepas biarlah lepas".
- Jangan terlalu risau dan sedih tentang apa yang telah anda rugi/ hilang, cari punca kenapa hal itu terjadi dan cuba selesaikannya/ gantikannya.
- Sentiasa mengharap yang terbaik.
- Jangan hidup hanya untuk wang.
- Bantu golongan miskin.
- Melawat orang sakit dan memberi sokongan moral.
- Setiap kali tension, pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan kehijauan alam.
- Cuba kira dari 100 hingga 1.
- Cuba membuat latihan pernafasan secara kerap (pernafasan teratur).
- Jangan MEROKOK !!!
- Simpan bunga dalam bilik anda dan merenung padanya.
- Aromaterapi antara cara yang baik untuk merehatkan minda.
- Buat panggilan pada insan yang anda rindui atau rakan yang sudah lama tak dihubungi.
- Pergi makan angin bersama keluarga.
- Kunjungi rakan atau saudara mara.
- Jangan sentiasa bersendirian, sentiasa bergaul dengan teman/ keluarga.
- Bincang dan luahkan masalah pada orang yang anda senang untuk bercerita.
- Jangan tambahkan tension dengan hidup yang tak teratur, setkan jadual rutin anda.
- Kalau ada kerja nak dibuat, jangan tangguh, siapkan jika ada kelapangan masa.
- Bangun awal pagi dengan tidur yang cukup.
- Berjalan kaki pada waktu pagi dan petang baik untuk tenangkan minda.
- Yang paling penting, sentiasa bahawa Allah dan Rasullulah S.A.W.